BERITA AKTIVITI
2007


KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Bengkel Membena Grafik Laman Web Beralih Ke Bandaraya Johor Baharu.

28 November 2007 - Bengkel Grafik Membena Laman Web merupakan siri bengkel penutup untuk tahun 2007 anjuran ASFONS. Penyertaan yang amat menggalakkan daripada para peserta seluruh negara daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.

Pertandingan Foto Jabatan Lanskap Negara bertemakan Pokok untuk Kehidupan.

20 November 2007 - Kuala Lumpur, Pertandingan Foto yang di anjurkan oleh Jabatan Lanskap Negara telah pun memilih pemenang pemenangnya. Lebih daripada 100 penyertaan peserta daripada seluruh negara menyertai pertandingan ini.

Hari Keluarga ASFONS Berkumpul di Kalumpang Training Centre dan Resorts.

10 November 2007 - Kalumpang Training Centre merupakan destinasi Hari Keluarga ASFONS. Ahl Ahli telah pun berkumpul bersama keluarga untuk menyertainya. Kedamaian serta keindahan alam semula jadi telah mengeratkan hubungan.

Bengkel Montaj Video 2D & 3D Animasi Membuka Tirai Bengkel Selepas Aidilfitri.

4 November 2007 - Bengkel Penerbitan Montaj Video 2D & 3D animasi merupakan bengkel yang pertama kali di anjurkan oleh ASFONS. Ini juga merupakan siri bengkel yang pertama selepas Hariraya Aidil Fitri di sambut pada tahun ini.

Mesyuarat Agong ASFONS Berjalan Lancar di Komplek Belia Shah Alam.

8 September 2007 - Komplek Belia, Shah Alam, Selangor. Mesyuarat Agong ASFONS telah berlansung di Shah Alam dengan jayanya. Beberapa usul pendidikan untuk ahli dan juga perancangan bengkel untuk tahun 2008 telah pun di bincangkan.

Bengkel Kewartawanan Foto Menjelajah Pulau Pangkor.

22 Julai 2007 - Pulau Pangkor, Perak. Bertempat di Bayu Beach Resort ASFONS telah mengendalikan bengkel kewartawanan foto. Para peserta bengkel telah di dedahkan kepada teknik membuat liputan semasa dan juga teknik merakam imej untuk berita.

PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2007: Sempena Ulang Tahun Kempen Tanam Pokok ke-10

Pertandingan Fotografi Jabatan Lanskap Negara telah pun bermula. Para peminat fotografi adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Sila klik pada brosur Jabatan. Keterangan Lanjut Sila Hubungi: En. Che Mustafar b. Muda / En. Mahathir Muhamed di No Telefon yang tertera 03-404 0110/404 0157. Tarikh Tutup : 20 Oktober 2007

Seminar Fotografi Anjuran Muzium Negeri Alam Shah, UiTM, ASFONS.

7 Julai 2007 - Shah Alam, Selangor. Ceramah fotografi sempena sambutan bulan kemerdekaan dan pertandingan fotografi anjuran Muzium Negeri akan di adakan di Muzium Negeri, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 7 Julai 2007 bermula jam 8.30 pagi. Seminar diadakan secara percuma termasuk makan dan minum. Semua di jemput hadir.

Peserta Bengkel MCP mempelajari Teknik Chroma Key

23 Jun 2007 - Taiping, Perak, Peserta Bengkel Teknik penggambaran video multicamera di dedahkan juga kepada penghasilan video menggunakan teknik chroma key. Teknik yang digunakan dalam penghasilan filem sains fiksyen ini menarik perhatian peserta.

Kementerian Perladangan dan Komoditi

18 Jun 2007 - Bandar Hilir, Melaka, Kementerian Perladangan dan Komoditi telah menganjurkan Bengkel Fotografi untuk kakitangan mereka di Bandar Bersejarah, Melaka. Bengkel ini di sertai oleh kakitangan kementerian ini bertujuan mendedahkan kakitangan ini kepada fotografi terkini.

Peminat Fotografi Membanjiri Pekan Marang

25 Mei 2007 - Marang, Terengganu, Seramai lebih daripada 65 orang peserta telah berhimpun di Pekan Marang, Terengganu untuk menyertai bengkel fotografi Teknik dan Elemen anjuran ASFONS. Penyertaan yang teramai menghadiri bengkel yang pernah di anjurkan oleh ASFONS.

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Menganjurkan Bengkel Wartawan Foto

16 Mei 2007 - Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan. Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel Kewartawanan Foto dan Membena Grafik Newsletter untuk kakitangan jabatan tersebut. Bengkel 3 hari ini mengupas tugasan menulis lapuran bergambar.

Pertandingan Foto Bulan Kemerdekaan

15 Mei 2007 - Shah Alam, Selangor. Pertandingan Fotografi sempena sambutan bulan kemerdekaan 50 tahun peringkat Negeri Selangor telah pun bermula. Pertandingan yang di anjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Selangor dengan kerjasama beberapa buah NGO. Sila Klik Menu Pertandingan Foto diatas untuk Phamplet Pertandingan

CIAST dan Training Material Development

14 Mei 2007 - Quality Hotel, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bengkel Training Material Development anjuran CIAST, Shah Alam telah mempertemukan ASFONS dan para peserta Bengkel TMD dari ILP, Adtec seluruh negara. Bengkel yang pengkhususannya merangkumi Foto dan Video telah berlansung dari 14 - 18 Mei 2007.

Berita Bengkel Percetakan - Berita Bengkel Kementerian Pengajian Tinggi

5 Mei 2007 - Genting Highlands, Pahang. Kehadiran lebih daripada 80 orang peserta telah memeriahkan suasana di Hotel Seri Malaysia, Pahang. Buat pertama kalinya 2 Bengkel telah di kendalikan oleh ASFONS secara serentak. Bengkel bengkel tersebut adalah BengkelMultimedia dan Bengkel Membena Grafik Percetakan.

Bengkel Teknik Penggambaran Video Menerima Peserta Teramai

25 Februari 2007 - Cameroon Highlands, Pahang. Seramai lebih 62 orang peserta telah hadir ke bengkel teknik penggambaran video digital. Kehadiran kali ini merupakan yang teramai di dalam se suatu bengkel yang di anjurkan oleh ASFONS. Walaupun begitu kejayaan pengurusan telah merancakkan Bengkel tersebut.

Bengkel Interaktif Internet Mencatatkan Peristiwa Sedih

4 Februari 2007 - Bengkel yang julung kali di adakan di Ibu Negara, Kuala Lumpur menerima kunjungan pertama dan terakhir daripada Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor Encik Osman Ahmad. Ini adalah kerana berselang seminggu selepas bengkel tersebut Encik Osman telah pulang ke Rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Kehilangan beliau amat di rasai oleh seluruh warga budaya Negeri Selangor. Al Fatihah.