BERITA AKTIVITI
2006
KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Bengkel Teknik Penerbitan Video Koporat Anjuran ASFONS Mendapat Sambutan Hangat.

3 Disember 2006 - Hotel Impian Morib, Kuala Langat, Selangor serta Kampung Endah, Morib, Selangor menjadi tumpuan peserta bengkel Penerbitan video koporat yang di anjurkan oleh ASFONS. Seramai 53 orang peserta telah menghadirkan diri untuk bengkel yang julung kali di adakan.

Latihan Penyuntingan Video dan Penghasilan VCD Menjadi Topik Utama untuk Latihan Kakitangan Muzium Alam Shah, Selangor.

28 November 2006 - Seramai 35 orang kakitangan Muzium Alam Shah, Shah Alam, Selangor telah mengikuti latihan sehari di dalam bidang penyuntingan video dan penghasilan produk VCD dan DVD daripada Angkatan Senifoto Negeri Selangor. Ini adalah permulaan untuk mereka yang terlibat.

ASFONS Di Jemput Mengendalikan Latihan Pengendalian Kamera Video dan Teknik Penggambaran Video Untuk Kakitangan MAS Academy.

7 November 2006 - MAS Academy, Kelana Jaya, Selangor. Kakitangan Unit Audio Visual, Malaysia Airlines Academy telah menjemput Ahli ASFONS untuk membimbing didalam pengendalian kamera video dan teknik rakaman video. LAtihan di jalankan selama 3 hari untuk mereka yang terlibat.

Hari Keluarga dan Mesyuarat Jawatankuasa ASFONS Meriah Klik Pada Gambar Hari Keluarga Untuk Paparan Imej.

4 November 2006 - Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat Jawatankuasa ASFONS yang membincangkan perancangan penubuhan sebuah Pusat Latihan Kemahiran telah berlansung di Port Dickson di sertai oleh ahli keluarga ASFONS sempena Hari Raya Aidilfitri.

Langkawi Destinasi Penggambaran Video Peserta Bengkel Teknik Pengarahan.

13 Ogos 2006 - Putra Brasmana, Kuala Perlis, Perlis Indra Kayangan, Para peserta bengkel penerbitan video telah berada di Kuala Perlis selama 5 hari 4 malam dalam satu matlamat untuk menimba pengetahuan di dalam bidang pengarahan dan penerbitan video.

Bingkisan Jaringan Istimewa Peserta Bengkel Membina Grafik Untuk Pembangunan Laman Web di Hotel Seri Malaysia Air Keroh, Melaka.

9 Julai 2006 - Para peserta bengkel membina grafik untuk pembangunan laman web telah berjaya menghasilkan rekabentuk laman web yang menarik. Kerjasama yang erat di antara para peserta di dalam kumpulanlah yang menghasilkan karya mereka. Sila lawati domain mereka klik jaringan di bawah atau terus ke http://airkeroh.tripod.com.

Genting Highland Destinasi Bengkel 2D dan 3D Animasi.

18 Jun 2006 - Genting Highlands, Bengkel 2D Dan 3D animasi buat pertama kalinya di anjurkan oleh ASFONS. Fokus bengkel ini tertumpu kepada Penerbitan Gimmik dan juga penyediaan montaj untuk penerbitan multimediai. Seramai 23 orang peserta telah menyertai bengkel yang julung kali di adakan.

Joly Jengan Duta Penan ke Bengkel Digital Fotografi.

16 April 2006 - Kuala Terengganu, Terengganu, Joly Jengan peserta daripada Sarawak merupakan duta kecil etnik keturunan Penan di Bengkel tersebut. Kehadiran beliau merupakan satu pendedahan dan penerimaan beliau di dalam bidang fotografi dan juga Teknologi Maklumat terkini. Syabas saudara Joly Jengan.

Peminat Digital Fotografi Berkampung di Kuala Terengganu

16 April 2006 - Kuala Terengganu, Terengganu, 52 orang peminat fotografi digital daripada seluruh negara berhimpun menghadiri bengkel digital fotografi yang di anjurkan oleh ASFONS dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Warisan Negeri Selangor serta Majlis Kebudayaan Negeri Selangor.

PLPP Menganjurkan Bengkel Fotografi Kali Kedua.

26 Mac 2006 - Besut, Terengganu, Buat kali kedua PLPP Wilayah Timur dengan jayanya telah pun menganjurkan Bengkel Fotografi untuk kakitangan mereka. Seramai 26 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut bermula 26 - 29 Mac 2006. ASFONS diberikan peluang untuk mengendalikan bengkel tersebut.

Johor Bahru Pembuka Tirai untuk Bengkel ASFONS di tahun 2006.

12 Februari 2006 - Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Seramai 40 orang peserta daripada seluruh negara telah menghadiri Bengkel Teknik Penyuntingan Video yang di anjurkan oleh ASFONS. Kesibukan serta pembangunan Johor Bahru mencuri tumpuan peserta di dalam penerbitan video pendek penghasilan akhir bengkel tersebut.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA