BERITA AKTIVITI
2005
KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Suria Resort Telah di serbu oleh Peserta Bengkel Dari Seluruh Negara.

4 Disember 2005 - Suria Resort, Cherating, Pahang. Seramai 34 orang peserta yang datang dari seluruh Negara termasuk dari wilayah Labuan, Sabah dan Kuching ,Sarawak telah menyertai Bengkel Interaktif Internet yang telah dianjurkan oleh Angkatan Senifoto Negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai ASFONS

Kemampuan Peserta di Luar Jangkaan. Syabas!!!!!

4 September 2005 - Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands, Pahang. Bengkel Kewartawanan Foto dan Membina Grafik "News Letter" yang di adakan di Cameron Highlands, Pahang telah berjaya mengumpulkan peserta dari seluruh negara. Persembahan hasil produk mereka amatlah menggalakkan.

Bengkel Penggambaran Video Digital menghasilkan video promosi industri kampung.

26 Jun 2005 - Dee Rhu Beach Resort, Baserah, Kuantan, Pahang. Satu Bengkel Penggambaran video Digital yang disertai oleh 35 orang peserta telah berjaya menghasilkan video promosi industri kampung di kawasan persekitaran Baserah, Pahang. Para peserta yang diberikan tugasan tersebut telah melakukan kerja tersebut dengan jayanya.

ASFONS menyertai lawatan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor ke Bali, Indonesia.

13 - 17Jun 2005 - Bali, Indonesia. Lawatan sambil meninjau Kegiatan dan Industri Seni di Bali, Indonesia telah dilakukan oleh MKN dan di sertai oleh Badan Badan Gabungan Majlis yang terdiri daripada Ahli Ahli Muzium Negeri Alam Shah, Majlis-Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Langat, Kajang, Persatuan Penulis, KEMUDI, PELAYANG termasuk ASFONS.

PLPP Wilayah Selatan menganjurkan Bengkel Fotografi dan pemprosesan berkomputer.

25 Mei 2005 - Air Hitam, Johor. Pusat Latihan Pertanian Wilayah Selatan mengorak langkah dengan menganjurkan bengkel fotografi untuk kakitangan Jabatan Pertanian Wilayah Selatan. Ini adalah Pusat Latihan Pertanian yang kedua setelah PLPP Besut menganjurkan bengkel tersebut.

ASFONS diberi kepercayaan menerbitkan video koporat PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.

16 Mei 2005 - Shah Alam, Selangor. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah melantik ASFOS di dalam pembikinan video dokomentari koporat PKPS Farm Mart Sdn. Bhd. yang terlibat di dalam ladang penternakan ikan talapia merah di Rawang, Selangor bersempena dengan lawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

DUN Kelana Jaya menganjurkan Kursus Digital Fotografi Asas.

3 April 2005 - YB Datin Paduka Seripah Noli Exco dan juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kebudayaan Selangor serta Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Asas Digital Fotografi untuk penduduk DUN kawasan Kelana Jaya.

Gunung Ledang Menggamit Peserta Bengkel Fotografi Teknik dan E lemen.

27 Mac 2005 - Kehijauan Gunung Ledang menjadi sumber inspirasi Peserta Bengkel Fotografi Teknik dan E lemen berkarya. Seramai 35 orang peserta telah menghadiri kursus yang dijayakan selama 4 hari 3 malam. Penghayatan di dalam kerjaya jurugambar adalah objektif utama bengkel.

Lawatan mesra ASFONS ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Kelang.

3 Mac 2005 - Kelang, Selangor. Lawatan mesra ASFONS ke Sekolah Tunku Ampuan Rahimah, Kelang telah berlansung pada 5 Mei 2005. Pertemuan serta kunjungan ini bertujuan menanamkan minat pelajar sekolah di dalam bidang fotografi termasuklah digital. Minat serta sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Peserta Bengkel Penerbitan Dokumentari Video berkampung di Shah Alam bersama ASFONS.

30 Januari 2005 - Shah Alam, Selangor. Seramai 40 orang peserta daripada seluruh negara telah menghadiri Bengkel Teknik Penerbitan Video Dokumentari yang di anjurkan oleh ASFONS. Keunikan Shah Alam sebagai Ibu Negeri Selangor telah menjadikannya sebagai lokasi pilihan untuk bengkel tersebut.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA