Sejarah ASFON
ANGKATAN SENI FOTO NASIONAL


Angkatan Senifoto Nasional telah ditubuhkan pada 1969 oleh kira kira 16 orang yang terdiri dari Jurufoto dan peminat fotografi yang tinggal di Kuala Lumpur. Angkatan Seni Foto Nasional ringkasnya ASFON ditubuhkan disebuah rumah di Kampung Baru, rumah Haji Mohd Nordin Abdulrahman (Atondra) yang kemudiannya beliau mengusahakan mendraf Pelembagaan serta mencipta nama Angkatan Senifoto Nasional. Lulus pendaftaran 18hb. Ogos, 1970.

Setiausaha pertama ASFON, Allahyarham B.Buyung, meninggal dunia belum sempat ASFON bergerak, kemudian di ambil alih oleh Haji Mohd Nordin sehingga tahun 1976. Begitu juga Yang Di Pertua yang Pertama di pegang oleh Allahyarham Haji Omar Basree ( bekas Ketua Bahagian Foto, Dewan Bahasa dan Pustaka ) yang juga dikenali sebagai seorang penulis khat terkenal di Malaysia. Bendahari pertama ASFON, Haji Mohd Ali Zakaria, Ketua Bahagian Foto, Dewan Bahasa dan Pustaka yang menggantikan Omar Basree.

Memang sukar untuk menggerakkan sesebuah persatuan yang baru. Jawatankuasa pertama telah mengorbankan masa, masa dan wang ringgit bertujuan untuk menghidup dan menggerakkan ASFON, Wartawan Foto Hussein Noor, Cikgu Haji Nasaruddin Saidin, Hamzah Hurmin merupakan tenaga tenaga penting menggerakkan ASFON sehingga hari ini.Hamzah selain membimbing ahli-ahli baru telah berjaya menerbitkan buku panduan Fotografi.

Tujuan asal penubuhan ASFON ialah menghimpun dan menyatupadukan jurufoto juga peminat senifoto tanahair dalam satu pertubuhan dan menggalakkan serta meningkatkan kerjasama diantara ahli-ahli sebagai usaha mencapai matlamat pertubuhan.

Dalam jangkauan usianya ASFON terus bergerak dengan menghadapi berbagai cabaran dan risiko oleh jawatankuasa dan ahli-ahlinya. Namun begitu keahlian ASFON tidak juga berkurangan malah kian bertambah dari masa kesemasa.

Dalam matlamat ASFON untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan positif kepada ahli-ahlinya, maka pada tahun 1983 Jawatankuasa telah merancang dan menyusun perlembagaan yang membolehkan ASFON menubuhkan cawangan-cawangannya diseluruh Malaysia.

Perlembagaan baru telah di luluskan pada tahun yang sama. Dengan peruntukan ini ahli-ahli ASFON yang berada di Negeri Sembilan yang merupakan cawangan ASFON yang pertama.

Cawangan ASFON peringkat negeri yang lain telah di rasmikan pada tahun yang berikutnya ialah Perak, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Mengikut perlembagaan baru, tujuan ASFON ialah :

i. Menghimpun peminat dan jurufoto-jurufoto dari seluruh tanahair kedalam satu pertubuhan senifoto.

ii. Menyatukan tenaga bagi menjaga kepentingan ahli-ahlinya

iii. Menggalak dan meningkatkan kerjasama diantara ahli-ahli sebagai mencapai matlamat pertubuhan

iv. Berusaha supaya ASFON berkembang maju dan kukuh serta berkebolehan untuk mencapai matlamat-matlamatnya.

v. Membimbing ahli-ahli kearah menjadikan fotografi sebagai satu profession yang dihormati dan menguntungkan.

vi. Mengadakan kursus dengan tujuan hendak meninggikan mutu dan mengalami ilmu senifoto dikalangan ahli-ahlinya.

vii. Memberi latihan cara mengambil gambar dan cara memproses filem dan mencetak gambar dalam hitamputih dan warna.

viii. Membantu ahli-ahlinya yang berkelayakkan dan berkemanpuan bagi mendalami ilmi senifoto dimana mana Institusi Senifoto

ix. Menggalakkan ahli-ahli mengambil kursus di mana-mana Institusi Senifoto

x. Menggalak, menyokong dan menbantu ahli-ahlinya yang ingin membuka perniagaan yang ada kaitannya dengan fotografi

xi. Menggalakkan ahli-ahli mengambil bahagian dalam peraduan-peraduan dan pameran senifoto

xii. Menganjurkan peraduan-peraduan dan pameran senifoto

xiii. Berusaha unruk menerbitkan majalah-majalah yang bercorak dan ada kaitannya dengan fotografi.

Artikel ini dipetik dari Majalah Triwalan.
MAJLIS KEBUDAYAAN SELANGOR DARUL EHSAN
Bil. 1. Tahun 1. Jun 1993
.

Daripada Pertubuhan Cawangan ASFONS mengorak langkah menubuhkan Persatuan yang tersendiri. Pada tahun 1995 Angkatan Senifoto Negeri Selangor di tubuhkan bagi menggantikan ASFON Cawangan Negeri Selangor. Walaupun permulaannya keahliannya adalah ahli daripada ASFON Cawangan, kini keahlian telah di buka kepada peminat peminat fotografi di Negeri Selangor. ASFONS adalah badan gabungan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Pengerusi pertama ialah Sahruddin Juhar, Setiausahanya Jefrey Jemaat dan Bendahari Othman Awang.

Diantara AJK Penaja ialah Abu Bakar Razak, Idris Md. Isa, Razali Hamzah, Azuddin Ahmad Zin, Zakaria Yusof dan Abu Hasan Asahari Abas.

Semenjak penubuhan dengan nama baru ASFONS terus bergerak dengan menganjurkan beberapa siri bengkel bertujuan untuk melatih ahli dan peminat senifoto kearah pencapaian yang lebih memberansangkan didalam bidang senifoto.

Diantara matlamat penubuhan ASFONS adalah:-

i. Menghimpun peminat dan jurufoto jurufoto dari seluruh tanah air kedalam satu pertubuhan senifoto.

ii. Menyatukan tenaga bagi menjaga kepentingan ahli ahlinya.

iii. Menggalak dan meningkatkan kerjasama diantara ahli ahli sebagai mencapai matlamat pertubuhan.

iv. Berusaha supaya ASFONS berkembang maju dan kukuh serta berkebolehan untuk mencapai matlamat matlamatnya.

v. Membimbing ahli ahli kearah menjadikan fotografi sebagai satu profesion yang di hormati dan menguntungkan.

vi. Membantu Kerajaan Negeri dengan mengadakan kursus dengan tujuan hendak meninggikan mutu dan mendalami ilmu senifoto dikalangan kakitangannya dan juga ahli ahli ASFONS.

vii. Memberi latihan dari segi teknikal bidang bidang yang berkaitan dengan fotografi.

viii. Membantu ahli ahli yang berminat untuk melanjutkan pengajian didalam bidang fotografi dimana mana Institusi Pengajian Tinggi.

ix. Membantu dan menyokong ahli ahli yang berminat untuk membuka perniagaan didalam bidanh fotografi.

x. Menggalakkan ahli mengambil bahagian secara aktif didalam pertandingan dan pameran senifoto.

xi. Menganjurkan pameran dan peraduan senifoto dan bidang yang berkaitan.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA